keNAngan DaN HArapaN
tinggal brape jam je lg sebelum 2009 melabuhkan tirainya...sambil-sambil menyiapkan kan assignment yang tertunggak ni..sempat ak mengenang jap memori-memori 2009..hehehe
STudY: alhamdullilah selepas terjatuh dan terjatuh semenjak ak kat u ni..akhirnya ak kini bangkit kembali...meneruskan sisa perjuangan..xkisah la ape org nak kate yang penting "i know what I'm doing..terima kasih kepada mak yang tak penah hilang kepecayaan dan terus menyokong..kepada abah..ak akan buktikan ak adalah seorang yang mampu berdiri di kaki sendiri..ak tau die menharapkan kejayaan..cuma kadang-kadang caramu tak kena pada tempatnya..anyway i love my family..
duiT: memang xpenah cukup..buat ni hancur, ni xjadi..hahaha..bukan rezeki ak..harap2 rezeki tahun ni bakal melimpah ruah...to my new bisnes partner let fight together..same2 kita susah same2 kite senang...harap ak tak lalai untuk mengucapkan syukur kepada Ilahi..
AWek: hahaha..ni punya part ak pn tak tau nak tulis ape...masih mencari siape yang bakal mengisi kekosongan "jawatan" ni..hahahaha..meh2 isi borang (hahaha xmalu promote kat blog sendiri..jgn marah ye)
friends: semoga segala yang lalui menjadikan persahabatan kita semakin akrab...selamat berjaya dan semoga dipanjangkan umur..
rase2 tu je kot..nanti ape2 ak tulis lagi..
anyway HAPPY NEW YEAR
sambil bosan-bosan ak saje jalan-jalan kat internet ni, ak ade jumpe satu post yang menarik untuk dikongsi..
Proton Waja transformers...ni la ketua die..ala2 optimus prime
Proton Savvy Transformers
Proton Juara Transformers.. hahaha..ni medicman die..
Perodua Myvi Transformer.. not too bad
Perodua Kancil Transformers
Proton Perdana transformers..
haha.. this is one ugly looking Perodua Kancil transformersso pasni kite xyah takut la klau perang ngan amerika..kite pn dah leh ade tranformers...
hahahahaha..
disebabkan ak dah hentam tido pas mahrib so mata ni xleh nak lelap la plak..
haha buat keje giler..kemAs bilik..kul 12.30 Pagi!
bagus gak, serabut tgk bilik ni..
sambil-sambil kemas tu ak teringat plak waktu kat sekolah dulu..
standard la hari ahad memang hari untuk kemas blok..
start kul 7 pagi sampai kul 10 pagi ade rocall, kul 7 kumpul kat dataran tgh2 blok..
pastu dengar la leteran warden-warden yang bersilih ganti memberikan tazkirah pagi..
xleh blah dua org warden ni..cg sharul (coach hoki ak) n cg rugba..mmg suma bdk angin ngan dua org ni pade hari ahad..
hahahaha
satu cite pasal cg rugba ni, die ni skali tu ade cite pasal nk cari awek kat university..
satu rangkap ayat yang xleh nak lupe..
"korang nanti kat u ble dah tahun last cari la awek yang br first year..
nanti ble die dah grad kowg bleh kawin terus sbb korang dah grad and dapat keje.."
hahahaha..
tp yang pelik nye waktu tu die pn xde awek lg n blum kawin.(sori la cg)
hahahaha..apekaH!
tp cam stail Gak tips die tu..
hehehe..
yang cg shahrul ni, pas rocall, antara 10-11 pagi bdk mesti kemas katil masing2..
10.30 akan ada inspection..sape tido time tu memang cari penyakit..
member ak siap kene sirap satu baldi air lagi..
padan muka habis basah katil..hahahaha
ni warden ak..(dari kiri ustaz zal, sebelah tu la cg shahrul, takut tak?)
ni plak cg rugba (sape yang edit wat frame camni ni?..gambar ni je ade..)
pastu ak teringat plak pasal satu kejadian yang memalukan kat sekolah tu dulu..(mrsm balik pulau batcH 03-04..)
mase tu ktwg ade mggu aktiviti..
so salah satu slot die pertandingan membace khutbah..
so disebabkan aku antara muka yang selalu dok kat surau tu ( cis riak lak aku ni..), so
ak antara dua yang dipilih untuk wakil wing ak..wing ak name samudera
so ble di beri teks khutbah tu..ak pn bace la
yes! ak dapat yang senang, member ak sorang lagi name apeh dapat agak susah la isinya..
tapi ble tggl sehari sebelum pertandinagn ak dah cuak..
maklum la time tu skill public speaking ak agak hampeh, tp skang dah ok skit..
bebalik kepada cite khutbah ni..so nak dipendek kan cite,
disebabkan cuak ak start untuk la nak cari member satu wing untuk gantikan ak..
so setelah berkonpromi ade la satu member ak yang terkenal ngan suke berpublic speaking ni nak gantikan ak..
Fuh! lega..
so pada malam sebelum pertandingan tu ketua aras aku abbas mengkonfirmkan ngan ak..
"bob ko bertandingkan esok? ak pn berkata "ak dah ganti ngan nazeer (member aku td)"
abas berkata"eh nazeer memang masuk la, ko sorang lg"
"hah!?" apekah nerake! dipendekkan cite rupe2 nye member ak yang terpilih sebelum ni untuk wakil wing, apeh, telah menarik diri sebelum ak sempat menyatakan hasrat ak untuk menarik diri..
hahahaha
dengan xpuas hatinya ak pn berperang mulut la ngan si apeh ni..habis satu wing kecoh malam tu..
dipendekkan lagi cite, teks khutbah ak sebelum ni ak dah bg kat nazer, pastu ak dapat plak teks apeh ni..
siot xsempat wat preparation..
so, tiba hari pertandingan..pertandingan stat kul 11 pagi
nak dijadikan cerite rupe nye ade taklimat sebelum pertandingan,
ak xtau, ak pn lepak kat surau, yang mane tempat lepak budak2 ponteng dari menjadi penonton pertandingn ceramah tu..
so tibe mase nye ak pn pegi la kat blkg dewan masuk ikut pintu bilik audio..
turn ak no 6 dari 8 peserte..
ak pn lepak2 la kat dalam bilik audio tu sebab ade air-cond..
so tibe la giliran ak..
"Ehem..assalamulaikum...(ak terus stat khutbah..)"
tibe-tibe ak melihat satu reaksi pelik dari penonton..
(dalam hati ak berkate) "ape?ape? ape bende korang buat ni?xpaham la..
dekat 3 minit la jugak baru ak perasan..
(dalam hati jugak) "Ya Allah! ak bace khutbah lupe nak pegang kayu mimbar la pulak"
dengan muke selambe nye ak terus capai kayu yang ade kat sebelah aku tu...
habis penonton termasuk ustaz2 yang jd hakim gelak kat aku..
pastu khutbah ak jd kelam kabut..ape yang dirancang xmenjadi..
sampai penjaga masa terpaksa memberikan isyarat 'payung' bnyak kali suh ak berenti..(sbb ak xdengar taklimat td, ak ingat sebat je la sampai abis text ni..rupe nya ade mase yang diberi)
abis je bace khutbah tu ak terus lepak kat dalam bilik audio sampai habis program..
termasuk lah majlis penyampaian hadiah..(cnfm2 ak xmenang)..
ak hnya keluar dari bilik tu dewan tu kosong n jalan belakang dewan tu kosong..
hahahahah..Malu!, Malu!..
tempat kejadian, dewan mrsm balik pulau..(tu mase wing ak, samudera waktu pertandingan nasyid..asal ade pertandingan nasyid antara wing..kami la juare nya..mantap siot tekong2 n backup singer + pemain intrumen kami..)
sejak pada tu ak jd famous sekejap..
hahaha..
sekian..
p/s: klau korang kenal atau jumpa cikgu kat ats tu roger ak, rindu la kat diowg..tambah2 cg shahrul. die dah pindah sekolah..dah lost contact..haha
ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W
Posted by ThiNkTankeRs | 7:11 PM | pedoman | 0 comments »'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?
renung-renungkan dan fikir-fikirkan dan bermuhasabah lah
pening-pening ak dibuat nye dua bende ni template and target...
hahaha ni suma pasal aku nye PSm la ni..
baru balik jumpe supervisor..hahahaha
org laen dah buat experimen dah berminggu-minggu dan ade dah yang dah siap..ces..
ak mula pn blum..
hahahaa
tajuk PSM: 3D modelling of human G6PD enzymes with an insight its active pocket
bende ade kaitan jugak ngan G6PD deficiency atau penyakit hemolytic anemia
final target of 3D modeling of human G6PD enzymes..
hahaha..tunggu next post untuk detail penyakit ni
warung 1 malaysia
Posted by ThiNkTankeRs | 5:12 AM | sedap, special, Warung 1 malaysia | 0 comments »sebenarnye lame jugak tak lepak ngan geng aku ni, rindu la nya kowg suma..
tapi mase xbrape mengizinkan la maklum la dah start sem, dah la tu sibuk la ngan psm, plant design..
tapi takpa demi menghargai kowg ak wat special post kat blog ni..hahahaha
(ikut kata banchik lepas turun Lrt kampung baru, keluar, pastu ikut kiri je nanti nampak la, tp klau salah bg tau la ye)
ak pn belum berkesempatan nak jengah kat sana. org kate kalau nak cite kat org lain sedap tak sedap makanan tu kite kene rase dulu kan..hahaha. tp kan tgk gambar-gambar ni je dah terliur..hahaha..(xcaye tgk sendiri)
(dari kiri atas:apo, pitt, usin, ashmin, Dari kiri bawah: banchik, mirul, radi)
macam biase la "Keep Moving Forward.."
(lepas ni ak datang bleh diskaun la ye..)
klau nak tgk peta tempat ni masuk link ni
http://www.panoramio.com/photo/30207889
Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"
Jawab kami, "Kami adalah orang beriman."
Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?
Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"
Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"
Jawab mereka,"Kamu telah perintahkan kami untuk
Beriman kepada Allah,
Percaya kepada Malaikat-Nya,
Kitab-kitab-Nya,
Rasul-rasul-Nya,
Percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk."
Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"
Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk
bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah,
hendaknya kami mendirikan solat wajib,
mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat
dan berhaji bila mampu."
Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"
Jawab mereka,
Bersyukur di waktu senang,
bersabar di waktu kesusahan,
berani di waktu perang,
redha pada waktu kena ujian
dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh."
Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."
Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ?
Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan.
Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati,
janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,,
berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."
renung-renungkan dan fikir-fikirkan dan bermuhasabah lah